MUIP bantu bekal beg stoma untuk Adam

KUANTAN – Nasib Mohd Adam Mat Noh, 7, yang terpaksa memakai beg plastik bagi menggantikan beg stoma akibat kesulitan kewangan mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Pihak MUIP memaklumkan bantuan beg stoma bagi kanak-kanak itu yang mengalami komplikasi usus terkeluar sejak lahir itu diselaraskan bagi meringankan beban keluarganya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, peralatan perubatan berkenaan akan disalurkan melalui Klinik Desa Kota Gelanggi 2, Jerantut, bagi memudahkan urusan keluarga terbabit.

“Kita akan menghantar bekalan ke klinik berkenaan supaya bapa Adam boleh mengambil peralatan tersebut untuk kegunaan anaknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau meminta bapa kanak-kanak berkenaan, Mat Noh Mohamed, memastikan Adam dibawa menjalani rawatan susulan dengan pakar mengikut jadual ditetapkan.

Menurutnya, rawatan pakar amat penting bagi memantau tahap kesihatan Adam, lebih-lebih lagi apabila sebelum ini terdapat laporan kegagalan menghadiri beberapa janji temu hospital yang diaturkan.

“Selain bekalan beg stoma, rawatan susulan oleh pakar amat penting untuk proses pemulihan.

“Kita berharap selepas ini tiada lagi isu gagal hadir supaya keadaan kesihatan Adam dapat dipantau secara rapi,” katanya.

Untuk rekod, Mat Noh adalah penerima zakat MUIP sejak 2015 hingga tahun lalu, dengan pelbagai bantuan disalurkan termasuk bantuan permohonan am, bantuan bencana atau rawatan serta bantuan kemudahan asas secara berkala.

Related Posts

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) komited memperluas kerjasama antarabangsa dalam pengukuhan dasar dan kerangka perundangan persaingan serta aspek…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KUCHING – Tujuh jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini bagi memberi laluan kepada Program Islamic Information Centre Cares@Peace: Harmony Walk 2026.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP