Loji Rawatan Air Julau operasi Mac, manfaat 1,000 isi rumah

JULAU – Kira-kira 1,000 isi rumah khususnya di Julau dan kawasan Nanga Luau bakal menikmati bekalan air bersih yang lebih stabil apabila projek Loji Rawatan Air Julau dijangka mula beroperasi seawal Mac depan.

Projek di bawah Pakej 1 Bekalan Air Julau itu kini berada pada fasa akhir dan dijadualkan siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin berkata, penyiapkan projek itu kritikal bagi menampung permintaan bekalan yang semakin meningkat selaras dengan pembangunan daerah tersebut.

“Saya menegaskan agar Loji Rawatan Air Julau ini dapat mula beroperasi seawal Mac 2026.

“Langkah ini penting bagi memastikan masyarakat setempat menikmati bekalan air yang lebih stabil dan berterusan sebaik sahaja kerja ujian serta pentauliahan selesai dilaksanakan,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan pada Isnin.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Brian Fung dan Paulus Dandee Banyang serta Pegawai Daerah Julau, Minggu Jampong.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarikei, Ts. Chien Ghin Wei memaklumkan bahawa skop projek tersebut merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 3.4 juta liter sehari (MLD).

Menurut beliau, kerja-kerja teknikal melibatkan pemindahan dan menaik taraf loji pakej serta tangki air dari Mukah ke tapak Julau, selain pembinaan tangki air bersih baharu berkapasiti 1.3ML.

“Projek ini turut melibatkan pemasangan paip baharu yang disambungkan kepada sistem agihan sedia ada, pemasangan meter individu serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi meningkatkan kecekapan bekalan,” jelasnya.

Sebagai tambahan, sebuah berek sedia ada turut diubah suai untuk dijadikan pejabat operasi JBALB bagi memudahkan pemantauan dan penyelenggaraan kelak.

JBALB Sarawak dalam pada itu komited memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual demi menjamin kualiti bekalan air yang selamat dan berterusan untuk rakyat di Sarikei.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan