Muhyiddin dipengaruhi pentaasub hingga PN makin berkubur

PUTRAJAYA – Keretakan hubungan Pas dan Bersatu didakwa berpunca daripada tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dipengaruhi kelompok kecil yang setia kepadanya, bukannya kehendak daripada akar umbi kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak menamakan siapa kelompok kecil yang didakwa menjadi penghasut sehingga ‘mempengaruhi’ tindakan Muhyiddin.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipecat mendakwa usaha mensabotaj ukhuwah serta memecah kesatuan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak mencerminkan sikap majoriti besar yang mahu hubungan Bersatu dan Pas kekal utuh serta diperkasakan.

“Saya berdoa rakan dalam Pas faham bahawa yang merosakkan hubungan Pas dan Bersatu hanyalah Muhyiddin seorang sahaja bersama kelompok kecil penjilatnya yang bergantung talian hayat kepadanya.

“Dalam Bersatu sendiri tekanan untuk Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden Bersatu semakin vokal kedengaran. Ini membayangkan akar umbi mahu hubungan Pas dan Bersatu kekal, malah diperkukuhkan lagi.

“Muhyiddin sudah tiada sokongan dalam Bersatu. Malahan yang menjawab bagi pihaknya hanyalah pegawai yang pernah dibayar gaji dan pemegang jawatan parti yang dia lantik. Amat sedikit pemimpin yang dipilih ahli yang mempertahankan Muhyiddin,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menegaskan, ramai ketua bahagian Bersatu seperti Sabah, Perak termasuk di negeri kelahiran Muhyiddin sendiri iaitu Johor, turut menolak kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai presiden parti.

“Dalam konteks PN, krisis kepemimpinan yang dihadapi hari ini pada asasnya amat mudah untuk diselesaikan kerana majoriti besar bersetuju bahawa Pas amat layak menerajui PN,” katanya.

Jika mahu mempermudahkan urusan itu, beliau berkata Muhyiddin boleh sahaja menerima sesiapa yang dicalonkan oleh Pas sebagai Pengerusi PN yang baharu.

Namun, lain pula jadinya apabila beliau mendakwa Muhyiddin sengaja mahu menyusahkan urusan itu dengan meletak syarat bahawa pengerusi PN mesti dalam kalangan presiden parti.

“Kalau Presiden Pas kata beliau tak mahu, Muhyiddin nak lantik (Presiden MIPP) Punithan Paramsiven jadi Pengerusi PN? Kalau Muhyiddin mahu mengekalkan Bersatu sebagai pengerusi (PN), saya yakin rakan-rakan PN bersedia pertimbangkan jika Bersatu mencalonkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai pengganti Pengerusi.

“Tapi sekali lagi, Muhyiddin sengaja menyusahkan dengan tidak mahu menamakan Hamzah, sebaliknya kem Muhyiddin mahu membunuh Hamzah. Saya tak boleh terima jika ada yang berhujah tiada orang yang lebih baik dari Muhyiddin.

“Saya nyatakan semua ini tanpa menafikan jasa besar Muhyiddin sebelum ini. Pandangan saya hanya spesifik kepada isu krisis kepimpinan yang melanda hari ini, dengan tidak menafikan jasa dan sumbangan terlebih awal,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah