Malek Razak dipilih Panglima Angkatan Tentera Ke-24

PUTRAJAYA – Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Pelantikan itu diperkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, sebelum mendapat perkenan rasmi pada 30 Januari.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas, kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang Malek Razak sepanjang hampir 40 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Berdasarkan pengalaman serta kepimpinan beliau, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan ini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran pertahanan negara.

“Kepimpinan baharu itu juga diyakini mampu memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui pendekatan berteraskan integriti serta profesionalisme, selain mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara,” katanya dalam kenyataan.

Malek Razak memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia selain Master of Arts in Defence Studies dari King’s College London, United Kingdom.

Beliau memulakan perkhidmatan ketenteraan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

Sepanjang kerjaya, Malek Razak pernah berkhidmat sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah serta staf, dengan jawatan terakhir disandang ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan Malek Razak sebagai PAT akan memperkukuh kesiapsiagaan serta kepimpinan ATM selaras dengan keperluan keselamatan negara.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM