Tambang ECRL bakal diumum, tunggu lampu hijau APAD

KOTA BHARU – Kerajaan dijangka mengumumkan kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, hal ini kerana perkara itu perlu melalui proses kajian pasaran terlebih dahulu.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu akan diumumkan lebih awal sebelum pengoperasian penuh sistem pengangkutan darat itu yang dijangka bermula Januari tahun depan.

“Sekarang fokus pihak kita adalah untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dan pemasangan siap sepenuhnya,” katanya, lapor Bernama.

Loke berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong di sini, hari ini.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Loke memaklumkan, projek berkenaan perlu dipastikan siap mengikut jadual serta lulus ujian serta pentauliahan daripada APAD.

Katanya, penetapan tambang tidak akan bermakna sekiranya sistem pengangkutan itu tidak boleh beroperasi.

“Jadi kita harap semua pihak memahami keadaan itu dan kita akan mengemaskini perkembangan pembinaan ECRL ini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah