UNICEF hantar 11,000 kit pendidikan ke Gaza

TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bahawa ribuan kit pembelajaran dan rekreasi berjaya dihantar ke Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini, sekali gus disifatkan sebagai titik perubahan selepas hampir dua tahun sekatan terhadap kemasukan bahan pendidikan.

Jurucakap UNICEF, James Elder berkata, setakat ini pihaknya telah menghantar lebih 4,400 kit rekreasi dan 240 kit sekolah dalam kotak (school-in-a-carton), manakala baki penghantaran yang telah diluluskan akan diselesaikan menjelang akhir minggu ini, lapor Anadolu.

Menurutnya, penghantaran tambahan itu melibatkan kira-kira 2,875 kit rekreasi, hampir 2,500 kit sekolah dalam kotak serta lebih 1,000 kit pembangunan awal kanak-kanak (ECD), menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 11,000 kit.

Selain itu, hampir 7,000 kit lagi sedang dalam perancangan untuk dihantar dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Elder menjelaskan kit sekolah dalam kotak direka bagi membolehkan kelas dijalankan serta-merta dan mengandungi peralatan menulis, buku latihan, papan tulis kecil, bahan pengajaran seperti jam dan glob, serta keperluan asas penyelenggaraan bilik darjah.

“Ia merupakan tempoh yang panjang dan mencabar selama hampir dua tahun bagi kanak-kanak serta organisasi seperti UNICEF untuk meneruskan pendidikan tanpa bahan ini. Kini, kelihatan wujud perubahan yang nyata,” katanya.

Menurut UNICEF, lebih 700,000 kanak-kanak usia persekolahan di seluruh Gaza tercicir daripada pendidikan formal sejak Oktober 2023. Ketika ini, UNICEF menyokong lebih 135,400 kanak-kanak di lebih 110 ruang pembelajaran di Gaza.

Dalam fasa pertama inisiatif Back to Learning, UNICEF bersama rakan strategik menyasarkan peningkatan akses pembelajaran bersemuka daripada 135,400 kepada 336,000 kanak-kanak menjelang 2026.

Elder berkata, sasaran jangka panjang adalah memastikan semua kanak-kanak usia persekolahan kembali mengikuti pembelajaran secara bersemuka pada 2027, memandangkan lebih 90 peratus sekolah di Gaza musnah atau rosak, manakala 60 peratus kanak-kanak masih tidak mempunyai akses kepada pembelajaran fizikal.

Beliau menyifatkan hampir dua setengah tahun serangan terhadap sistem pendidikan Gaza telah meletakkan satu generasi penuh dalam keadaan berisiko.

UNICEF menegaskan fasa kedua gencatan senjata di Gaza adalah keperluan kemanusiaan, bukan pencapaian politik, ini membolehkan penambahbaikan segera dalam aspek perlindungan dan pendidikan. Hal ini bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyatakan fasa kedua gencatan senjata akan memberi tumpuan kepada pelucutan senjata dan bukan pembinaan semula.

James Elder berkata, kekurangan tempat perlindungan yang kukuh menyumbang kepada kematian sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak akibat hipotermia, selain memaklumkan lintasan Rafah masih belum dibuka walaupun keperluan mendesak rakyat Palestin.

Related Posts

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa