RM4 juta perkasa 8,000 usahawan wanita Sarawak

KUCHING – Hampir RM4 juta diperuntukkan bagi menyokong peluang keusahawanan melibatkan kira-kira 8,000 wanita di Sarawak menerusi program Wanita Dinamik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kementerian dalam memastikan golongan wanita mampu menjana pendapatan dan berdikari.

Menurutnya, setiap peserta program tersebut menerima geran berjumlah RM500 untuk mengembangkan perusahaan kecil masing-masing.

“Sejak 2021, seramai 21,274 wanita di seluruh negara telah dibantu menerusi program ini.

“Di Sarawak sahaja, hampir 8,000 wanita menerima manfaat ini sebagai usaha pemerkasaan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Zon Borneo di Hotel Pullman pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai pemerkasaan kepemimpinan, Nancy memberitahu, seramai 11 wanita dari Sarawak telah terpilih menyertai program Perantis.

Jelas beliau, peserta terpilih menerima geran RM50,000 untuk melatih wanita lain dalam bidang kepimpinan, kreatif dan keusahawanan, yang mana inisiatif ini telah memanfaatkan 644 peserta di zon Borneo.

Dalam pada itu, beliau menegaskan aspek kesihatan tidak dipinggirkan dengan menyasarkan 32,000 wanita menjalani saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA pada tahun ini menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Di Sarawak, Kampung Santubong dipilih sebagai lokasi perintis. Sejak beberapa tahun lalu, lebih 53,000 wanita Sarawak telah disaring bagi membolehkan pengesanan awal dilakukan,” ujarnya.

Pada majlis yang bertemakan ‘Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara’ itu, Nancy turut merakamkan penghormatan kepada mendiang Profesor Datuk Dr Madeline Berma.

Beliau menyifatkan pemergian tokoh akademik itu sebagai satu kehilangan besar kerana mendiang merupakan suara lantang yang memperjuangkan wanita dan masyarakat luar bandar.

Turut hadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Related Posts

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

DARO – Penyiapan sambungan akhir Jambatan Batang Paloh menjadi detik bersejarah yang disifatkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ibarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah