Op Tapis: Lelaki positif dadah ditahan

SARATOK – Padah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, seorang lelaki tempatan ditahan dalam serbuan Op Tapis yang dijalankan di Kampung Tanjung pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil maklumat awam dan risikan.

Menurutnya, serbuan yang diketuai Sub Inspektor Engelbert itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mathew menegaskan pihak polis akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras gejala dadah di daerah ini dan menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH