Curi sembilan set perancah, lelaki ditahan

MIRI – Tindakan seorang lelaki melarikan sembilan set perancah (scaffolding) dari sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan Tudan, di sini mengundang padah apabila dia diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ASP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek warga tempatan berusia 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang dilaporkan berlaku pada 25 Januari lalu.

Menurutnya, nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM1,200.

“Hasil risikan dan siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek.

“Pihak polis turut berjaya menemui semula kesemua barang yang dilaporkan hilang di kediaman lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam pada itu, Mohd Farhan menasihatkan orang ramai supaya meningkatkan tahap keselamatan harta benda terutamanya di rumah yang masih dalam pembinaan atau tidak berpenghuni.

“Simpan peralatan binaan di tempat berkunci dan elakkan meninggalkan barangan berharga di kawasan terbuka.

“Orang ramai juga diminta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi membanteras jenayah harta benda,” ujarnya.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan