UMS perkasa pendidikan luar bandar, bantu murid asnaf Pitas

PITAS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempergiat usaha menyokong perkembangan pendidikan murid sekolah di luar bandar menerusi Program Back To School 2026 yang dilaksanakan di Kampung Timbang Taun Pituru, Pitas baru-baru ini.

Penasihat KRiS-FST merangkap Dekan FST, Prof. Dr. Rodeano Roslee berkata, penganjuran program itu mencerminkan komitmen UMS sebagai rakan strategik komuniti dalam menyokong pembangunan sosial dan pendidikan luar bandar.

“UMS bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, malah turut memikul tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membantu komuniti.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid untuk terus hadir ke sekolah dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Selasa.

Program anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf Fakulti Sains dan Teknologi (KRiS-FST) UMS dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) antara lain bertujuan meringankan beban keluarga asnaf serta menyokong keperluan persekolahan murid pada sesi persekolahan baharu tahun ini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Yazid Kiffli selaku wakil PBNS memaklumkan kerjasama antara PBNS dan UMS merupakan salah satu usaha berterusan bagi memastikan bantuan kebajikan dapat disampaikan kepada seluruh golongan yang memerlukan secara tersusun dan berkesan.

“PBNS berperanan mengurus dan mengumpul kumpulan wang amanah daripada masyarakat Islam di Sabah bagi membantu meningkatkan keadaan ekonomi golongan yang kurang berkemampuan.

“Bantuan pendidikan ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak asnaf,” katanya.

Seramai 34 orang murid asnaf telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai, pakaian sekolah dan beg sekolah pada program tersebut.

Kemuncak program tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan pakaian yang disempurnakan Dr. Rodeano kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mair Mari.

Turut diadakan penyerahan tawas oleh wakil PBNS kepada pengelola tiga loji mini rawatan air yang dibangunkan hasil kerjasama UMS–PBNS di Kg. Timbang Taun, Kg. Mengkapon dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan