Serbuan polis bongkar mercun haram bernilai RM400,000

KUANTAN – Polis berjaya merampas mercun bernilai ratusan ribu ringgit hasil serbuan ke sebuah premis tingkat bawah di Jalan Highway Triang, Bera kira-kira jam 6 petang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, turut ditahan lelaki tempatan berusia 54 tahun yang berada di lokasi ketika serbuan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan dalam premis menemui 112 pelbagai jenis mercun dipercayai dari negara China dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang lesen pemilikan atau penjualan mercun,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan mercun yang dipercayai untuk jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu bernilai anggaran RM300,000 sehingga RM400,000.

Tambahnya, semua mercun itu dirampas untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun dan denda maksimum tidak melebihi RM10,000.

Sementara itu, beliau memberitahu terdapat 30 lesen diluluskan di daerah itu kepada pihak yang memohon untuk penjualan mercun menjelang musim perayaan kali ini.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi