Pelarasan pencen: Kami rasa dihargai, ucap pesara

KAJANG – Pelarasan pencen fasa dua sebagai langkah tepat dan amat dihargai, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan pesara yang telah lama berkhidmat kepada negara.

Penerima pencen, Abdullah Muji, 65, berkata, kenaikan pencen yang diterima memberi kelegaan besar dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya bagi perbelanjaan harian dan keperluan kesihatan.

Beliau yang berkhidmat lebih 40 tahun dalam sektor awam turut menyifatkan pelarasan tersebut sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan pesara dalam membangunkan negara.

“Alhamdulillah, dengan kenaikan pencen ini, beban kami sebagai pesara sedikit sebanyak dapat diringankan. Ini menunjukkan kerajaan tidak melupakan jasa penjawat awam walaupun kami sudah bersara

“Terus terang saya sebak. Walaupun jumlahnya mungkin tidak besar bagi sesetengah orang, tetapi bagi kami yang hidup dengan pencen, ia sangat bermakna. Sekurang-kurangnya kerajaan masih ingat kami,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Sementara itu, pesara, Azizah Ariffin, 63 menyifatkan menyifatkan langkah kerajaan melaksanakan pelarasan secara berperingkat sebagai bukti pendekatan bertanggungjawab, seimbang dan berpaksikan kebajikan rakyat.

Beliau yang berkhidmat lebih tiga dekad berpandangan pelarasan pencen tersebut bukan sekadar soal wang, tetapi memberi semangat dan rasa dihormati kepada golongan pesara.

“Kami pernah berkhidmat siang dan malam, kadang-kadang mengorbankan masa bersama keluarga. Apabila ada kenaikan pencen begini, kami rasa pengorbanan itu dihargai.

“Pada usia begini, yang kami perlukan ialah rasa selamat dan dihargai. Kenaikan ini sedikit sebanyak membantu kami mengurus perbelanjaan harian tanpa terlalu bergantung kepada anak-anak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pesara, Nur Hayati Samad, 71, berkata, pelarasan pencen fasa dua membolehkan beliau merancang kewangan dengan lebih baik, selain membantu menampung perbelanjaan keluarga.

Menurut beliau, langkah kerajaan melaksanakan pelarasan secara berperingkat mencerminkan pendekatan bertanggungjawab dan realistik dalam memastikan kebajikan pesara terus terpelihara tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara.

“Alhamdulillah terima kasih kepada Kerajaan Madani atas pelarasan pencen kakitangan awam khasnya pesara kerajaan yang menghargai sumbangan kami selama ini

“Kami tidak meminta lebih, cuma kestabilan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa. Kenaikan ini amat bermakna dan kami meletakkan harapan juga agar insiatif seperti ini wajar diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Seramai lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam menerima manfaat pelarasan pencen Fasa 2 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bermula Januari ini.

Pelaksanaan pelarasan pencen fasa dua ini dilihat sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara yang telah menjadi tulang belakang perkhidmatan awam, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan untuk memastikan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam