Salwani Anuar didakwa terima hasil aktiviti haram RM5,000

ISTERI kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas satu pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram membabitkan jumlah RM5,000.

Tertuduh, Salwani Anuar@Kamaruddin, 27, tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi dengan berpakaian serba putih serta bertudung hitam.

Beliau dibawa masuk ke dewan mahkamah menggunakan kerusi roda selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan akibat bisul kronik pada bahagian paha.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Salwani didakwa menerima wang hasil aktiviti haram apabila sejumlah RM5,000 dimasukkan ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad miliknya.

Perbuatan itu didakwa berlaku di CIMB Cawangan Jerteh, Besut pada 16 Januari 2025.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram terbabit atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Salwani turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Januari lalu, atas pertuduhan berasingan membabitkan penerimaan hasil aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM77,000.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin seperti yang diputuskan oleh Hakim Rosli Ahmad.

Kes berkenaan berkait dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Parasit yang dilancarkan pada 7 Januari lalu, melibatkan penahanan seorang pegawai kanan Tentera Darat bersama dua isterinya bagi membantu siasatan berhubung projek perolehan tender.

Pegawai terbabit kemudiannya direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari bagi tujuan siasatan lanjut.

Difahamkan, siasatan oleh SPRM terhadap kes berkenaan bermula sejak 7 Oktober 2025 dan dikategorikan sebagai sensitif kerana membabitkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Susulan itu, pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan bagi menjalankan siasatan awal terhadap beberapa projek Tentera Darat yang dilaksanakan sejak 2023.

Related Posts

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA