Pasukan khas perlu ditubuh dalam perkasa sistem audit negara – PMX

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu pasukan khas diwujudkan bagi memperkukuhkan sistem audit negara sebagai langkah mencari jalan menutup sebarang ruang yang memungkinkan berlakunya kebocoran dana awam di semua peringkat kerajaan.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu merupakan antara syor yang dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara supaya setiap tindakan pengauditan dapat diambil dengan lebih pantas daripada kebiasaan, sekali gus memberi kesan yang lebih menyeluruh.

Menurutnya, audit perlu diteruskan berorientasikan impak maksimum dan bukan sekadar menjadi rutin tanpa hasil yang memanfaatkan rakyat selain prosesnya mesti disegerakan kerana kelewatan boleh membuka ruang kepada ketirisan, walaupun sistem pengauditan telus dan baik.

“Kalau kita kekal dengan pemikiran tahap pencapaian lama, kita tidak akan ke mana-mana. Oleh itu, mesti ada satu keresahan yang bersifat positif tentang bagaimana untuk memperbaiki.

“Jadi, kita harus ada pasukan yang sentiasa memikir, merenung dan mencari jalan untuk memperbaiki mana-mana ruang yang memungkinkan kebocoran berlaku, ruang yang memungkinkan tindakan itu agak lebih perlahan daripada biasa,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran sambutan 120 tahun Jabatan Audit Negara, di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan tindakan pengauditan mesti berorientasikan impak maksimum dan bukan sekadar menjadi satu budaya biasa, sebaliknya perlu lebih berkesan serta memberikan hasil yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, langkah pengauditan juga perlu dilaksanakan secara segera, pantas, tepat dan telus kerana tindakan yang lewat akan membuka lebih banyak ruang kepada berlakunya kebocoran.

“Kita tak boleh remehkan bagaimana audit itu dianggap kurang membebankan rakyat dan boleh mendekati mereka.

“Bagaimana boleh kita perkenalkan sistem baharu yang tidak dirasa terlalu mendekat dan terlalu mempersulitkan rakyat. Ini menuntut Ketua Audit dan seluruh keluarga Jabatan untuk mendekati, memahami dan cuba menyantuni rakyat,” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng