Chegubard hanya hantar pautan media sosial – Azam Baki

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan dakwaan aktivis, Badrul Hisham Shaharin bahawa SPRM ‘menyimpan’ satu ‘lejar’ berkaitan dakwaan rasuah membabitkan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Azam berkata, individu yang dikenali sebagai Chegubard itu sebenarnya hanya menghantar pautan kepada satu hantaran Facebook miliknya kepada pegawai penyiasat.

“Hantaran itu tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti kerana dokumen tersebut tidak lengkap dan banyak maklumat telah dipadamkan.

“Dia tidak pernah menyerahkan sebarang salinan lejar sama ada dalam bentuk fizikal atau digital kepada kami secara terus.

“Apa yang cuba dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan mewujudkan persepsi negatif bahawa SPRM tidak menjalankan tugas,” katanya kepada New Straits Times.

Menurut Azam, Badrul Hisham sepatutnya menyerahkan sebarang bahan bukti secara rasmi kepada SPRM untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan teratur.

Pada Jumaat, Badrul Hisham mendakwa berada dalam possession satu ‘lejar perbelanjaan’ yang diperoleh daripada sebuah kontraktor pertahanan, yang kononnya menunjukkan pembayaran dibuat kepada anggota TUDM.

Dakwanya, pembayaran itu merangkumi elaun bulanan, pembiayaan kursus di luar negara serta perbelanjaan peribadi.

Badrul Hisham turut mendakwa perbelanjaan peribadi tersebut termasuk yuran keahlian kelab golf dan kos perjalanan ke luar negara, manakala bayaran bulanan adalah antara RM10,000 hingga RM15,000.

Beliau juga mendakwa dokumen berkenaan sudah diserahkan kepada SPRM, namun tiada tindakan diambil sehingga mendorongnya untuk mendedahkan perkara itu kepada umum.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills