PRK Kinabatangan: Penduduk Tongod harap pembangunan kemudahan asas diberi keutamaan

TONGOD – Penduduk di sekitar Tongod menzahirkan harapan agar wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dapat memberi perhatian serius terhadap pembangunan kemudahan asas kampung, khususnya bekalan air bersih dan jalan raya.

Salah seorang pengundi, Romlok Kinshu, 54, berkata, antara keperluan utama penduduk ketika ini ialah sistem bekalan air bersih dan jalan raya yang baik bagi memudahkan urusan harian penduduk, terutama dalam memasarkan hasil pertanian.

“Harapan saya pada PRK kali ini agar pembangunan di kampung ini dapat ditunaikan sepenuhnya, terutamanya bekalan air bersih dan jalan raya supaya orang kampung senang membawa keluar hasil tani,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, pada Sabtu.

Sementara itu, Geffien Sidek, 52, berkata, setiap pemimpin yang dipilih seharusnya mengutamakan penyediaan infrastruktur asas seperti capaian internet, bekalan elektrik, air bersih serta jalan raya.

“Memang itulah harapan kita semua. Selain infrastruktur, kebajikan rakyat juga perlu diberi perhatian.

“Apa yang ada sekarang ini boleh dikatakan baik, tetapi kami berharap pemimpin baharu nanti dapat bekerja lebih keras,” ujarnya.

Bagi Saiful Salang, 73, mana-mana calon yang dipilih sebagai wakil rakyat perlu mendengar dan mematuhi kehendak rakyat di kawasan berkenaan.

“Apa yang disuarakan oleh rakyat dan apa yang diminta mesti ditunaikan. Itu harapan kami,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk Tongod, Janes Kanus, 50, turut berharap wakil rakyat yang dipilih kelak dapat membantu rakyat di kawasan itu tanpa mengira latar belakang.

“Harapan kami, siapa sahaja yang menjadi wakil rakyat di sini, dapat membantu dan membela nasib kami,” katanya.

Seramai 48,282 orang pengundi biasa layak mengundi dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Lamag di 36 Pusat Mengundi dan 117 saluran.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak