Lelaki ditahan selepas kereta dinaiki dua kanak-kanak dilarikan di Sandakan

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes melarikan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang ketika kejadian dinaiki dua kanak-kanak di kawasan Stesen Petronas Batu 32, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila pemilik kenderaan meninggalkan kereta berkenaan seketika dalam keadaan enjin hidup untuk urusan singkat di premis berhampiran.

“Dua kanak-kanak terbabit ialah anak perempuan pengadu berusia 9 tahun dan anak saudara lelaki pengadu berusia 7 tahun.

“Kedua-dua kanak-kanak itu berjaya keluar dari kenderaan dalam keadaan selamat sebelum suspek melarikan kenderaan terbabit.

“Hasil maklumat yang diterima membawa kepada penahanan sebuah kenderaan dipandu suspek oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melalui Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Jalan Sapi Nangoh, Beluran,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut George, hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun bersama kenderaan yang dilaporkan hilang.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin hidup, khususnya apabila terdapat kanak-kanak di dalam kenderaan.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka