Lelaki maut 4WD masuk pembentungan, elak van tukar lorong

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki dipercayai cuba mengelak sebuah van yang menukar lorong secara tiba-tiba sebelum terjunam ke dalam ‘manhole’ pembentungan di Jalan Pantai, di sini, pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.58 pagi itu, kedua-dua mangsa berumur 34 tahun dari arah Bandar Sri Perdana ke arah Bandar Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati pemandu 4WD berada di lorong kiri jalan dan dipercayai bertindak mengelak sebuah van yang tidak dikenal pasti nombor pendaftaran berada di lorong kanan sebelum kenderaan tersebut menukar lorong ke kiri secara mengejut.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu mengelak ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang simen dan jatuh ke dalam ‘manhole’ pembentungan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jimmy menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Jafri Junat di talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Related Posts

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

LIPIS – Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran kutipan RM150 juta mampu dicapai menjelang akhir tahun. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud meneruskan komitmennya menghargai kecemerlangan akademik apabila menganjurkan Anugerah Cemerlang Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Sepanggar bagi tahun keempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara