Integriti diutamakan, Selangor tegas banteras rasuah

SELANGOR tegas dengan prinsip tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, prinsip integriti dan ketelusan terus menjadi teras utama pentadbiran negeri bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang mempunyai akauntabiliti demi kepentingan rakyat.

“Prinsip kerajaan negeri adalah jelas dan tidak berkompromi. Selangor kekal berintegriti, telus dan bersih dalam menjalankan amanah. Ini demi kepentingan rakyat dan masa depan Selangor,” katanya menerusi laman Facebook.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Azwan Ramli.

Beliau menganggap pertemuan itu menjadi wadah penting dalam usaha memperkukuh strategik bersama SPRM terutama membabitkan amalan tadbir urus, ketelusan serta integriti perkhidmatan awam.

Pada Februari tahun lalu, Amirudin mengetuai barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai iltizam membanteras gejala itu dalam pentadbiran.

Pelaksanaan inisiatif itu turut menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam membina budaya kerja beretika dan telus, sekali gus melonjakkan imej Selangor sebagai negeri maju berdaya tahan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit