MHIT Asas langkah tepat tangani kenaikan premium perubatan

MIRI – Pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas) disifatkan sebagai langkah tepat bagi menangani isu kenaikan premium insurans yang semakin membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, inisiatif tersebut serta penerbitan kertas putih berkaitan di bawah strategi RESET amat dialu-alukan demi kebajikan pencarum.

Beliau juga merangkap Ahli Parlimen Miri menjelaskan, kenaikan premium yang mendadak memberi kesan ketara khususnya kepada golongan warga emas dan kumpulan M40.

“Keadaan ini menyebabkan ada yang terpaksa menggugurkan perlindungan insurans mereka ketika sangat memerlukan rawatan.

“Situasi begini mendedahkan rakyat kepada bil rawatan tinggi serta menjejaskan kestabilan kewangan keluarga dan perancangan persaraan, termasuk risiko penggunaan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Chiew memberitahu bahawa isu berkenaan telah dibangkitkan secara konsisten sejak beberapa tahun lalu menerusi sidang Parlimen.

Jelas beliau, ini termasuk cadangan supaya perlindungan perubatan mampu milik diperluas dan pewujudan produk insurans atau takaful kesihatan asas yang lebih seragam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan bagi memastikan reformasi tersebut dilaksanakan secara adil, telus dan mampan demi melindungi hak kesihatan rakyat.

Related Posts

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

GEORGE TOWN:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Muslim Malaysia (MUKMIN). Anwar berkata, peruntukan tersebut bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama