Perlembagaan, Sejarah Malaysia jadi mata pelajaran umum di universiti

KERAJAAN memperkenalkan pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan Sejarah Malaysia sebagai mata pelajaran umum di semua universiti awam dan swasta bagi semua pelajar tempatan mulai tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan, kedua-dua bidang itu akan diajar dalam Bahasa Melayu dan dimasukkan ke dalam kurikulum mata pelajaran umum yang telah dirombak semula.

“Di peringkat pendidikan tinggi, kita tak wajib Bahasa Melayu dan Sejarah tapi mulai tahun ini kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam (UA) dan swasta bagi pelajar Malaysia.

“Isu Perlembagaan (Persekutuan), isu sejarah Malaysia itu dimasukkan dalam kurikulum, ia tidak terlalu menekan dan kita tetap mahu anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di sini, hari ini. Turut hadir ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anwar menegaskan, setiap anak Malaysia wajar memahami sejarah negara dan Perlembagaan.

“Kalau mahu selamatkan negara ini, biarkan semua anak kita menguasai pengetahuan asas mengenai Perlembagaan dan Sejarah,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan bekerjasama dengan universiti bagi membangunkan kawasan penginapan tambahan untuk mahasiswa mulai tahun ini.

Sebagai permulaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diarahkan menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan melalui kerjasama dengan universiti terpilih.

“Mahasiswa terus mengeluh kerana tempat penginapan sukar dicari, kalau ada di sekitar dan pinggir kota terlalu mahal, maka kita memberikan arahan kepada semua GLIC bekerjasama dengan universiti membangunkan kawasan dan kemudahan penginapan kepada mahasiswa kita.

“Pada tahun ini kita mulakan dengan universiti tertentu dengan sasaran menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan kepada mahasiswa,” katanya.

Beliau turut menekankan kerajaan memahami kebimbangan pelajar setiap tahun berhubung peluang kemasukan ke universiti, terutamanya bagi kursus pilihan yang terhad.

Sebagai langkah menangani isu ini, kerajaan mengarahkan universiti menambah 1,500 tempat bagi kursus pilihan utama, menjadikan keseluruhan 3,000 tempat tambahan ditawarkan pada tahun ini.

Penambahan itu melibatkan kursus undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI), ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data dan sains komputer.

Anwar berkata, keutamaan kemasukan tetap diberikan kepada lepasan matrikulasi dan asasi, namun pelajar Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak akan dipinggirkan.

“Bagi pelajar yang memperoleh PNGK 4.0, sedaya upaya universiti akan memberikan tempat, walaupun pilihan kursus tertakluk kepada keupayaan universiti,” katanya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik