RPN 2026–2035 jadi pelan induk baharu pendidikan negara

KERAJAAN akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, Selasa ini, sebagai pelan induk baharu yang menjadi asas kepada pembangunan menyeluruh sistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

RPN yang diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam kenyataan bersama hari ini, KPT dan KPM memaklumkan pelan berkenaan mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk membangunkan sistem pendidikan yang bermutu, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

Menurut kenyataan itu, bagi sektor pendidikan tinggi, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 akan menjadi dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

RPTM 2026–2035 dibangunkan sebagai kesinambungan dan pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) yang berakhir tahun lalu.

“Pelan ini dirangka menerusi proses libat urus berskala besar yang membabitkan 181 pakar tempatan serta 8,226 pihak berkepentingan, termasuk sarjana, tokoh akademik, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, pemain industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

KPT dan KPM memaklumkan RPTM 2026–2035 bersifat dinamik, fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap global serta kemajuan teknologi semasa.

Menurut kenyataan itu, antara fokus utama pelan berkenaan ialah pembangunan bakat pembina negara yang berorientasikan matlamat, berdaya tahan dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat.

Selain itu, integrasi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) turut diberi penekanan sebagai pemboleh daya dalam kurikulum dan penyelidikan, selaras dengan keperluan melahirkan pencipta serta peneraju teknologi masa hadapan.

Related Posts

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian subsidi diesel melalui penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara bagi mengurangkan beban kos operasi sektor itu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil. Menteri Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang