Cadangan gabungan parti Melayu-Islam dimaklumkan kepada PM – Fahmi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai cadangan beliau untuk menubuhkan gabungan besar melibatkan parti politik berteraskan Melayu dan Islam.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini PKR belum menerima sebarang jemputan atau surat rasmi berhubung cadangan tersebut kerana urusan berkaitan biasanya disalurkan melalui saluran rasmi parti.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu difahami dalam kalangan kepimpinan tertinggi, namun sebarang tindakan lanjut memerlukan pengesahan rasmi daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Ahmad Zahid sudah memaklumkan perkara ini kepada Anwar. Saya fikir dalam kalangan kepimpinan tertinggi, mereka memahami perkara ini.

“Kebiasaannya, untuk urusan surat atau jemputan rasmi, ia akan disalurkan kepada setiausaha agung. Bagi PKR, saya belum bercakap dengan Datuk Dr Fuziah Salleh (Setiausaha Agung PKR),” katanya.

Cadangan pembentukan gabungan besar parti Melayu dan Islam itu dikemukakan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO semalam, dengan tujuan memperkukuh kestabilan politik serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti berteraskan Melayu-Islam.

Usaha itu mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan PKR merupakan komponen utama Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH), yang turut disertai Barisan Nasional (BN), gabungan politik diterajui UMNO.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS