Kemarau ancam hasil padi, 200 pesawah di Kangar terjejas

KANGAR – Kira-kira 200 pesawah di sekitar Kangar berdepan musim paling mencabar apabila hampir 380 hektar petak sawah menjadi kering akibat kemarau yang berlarutan sejak lebih sebulan lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan tanaman padi berisiko terbantut, sekali gus dijangka menjejaskan hasil tuaian dan pendapatan pesawah terlibat.

Kawasan terjejas melibatkan tanaman padi di bawah kelolaan Pertubuhan Peladang Kawasan Paya di Sempering, Jejawi dan Repoh.

Seorang pesawah, Ahmad Nasaruddin Yub berkata, tanaman padi memerlukan bekalan air yang mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan hasil yang baik.

Namun menurutnya, keadaan petak sawah yang semakin kering ketika ini amat membimbangkan pesawah, khususnya apabila tanaman sudah memasuki usia dua bulan.

Beliau mendakwa Empangan Timah Tasoh masih mempunyai bekalan air yang mencukupi, namun tidak dilepaskan bagi kegunaan pesawah di kawasan berkenaan.

Akibatnya, pesawah kini hanya bergantung kepada sumber air dari Sungai Santan dan Sungai Ngulang bagi menyalurkan air ke petak sawah.

“Padi ni dah dua bulan jadi dan memang perlukan air. Bila air tak ada, bayangkan berapa ratus pesawah yang bergantung harap. Bendang semua dah kering,” katanya.

Tambahnya, sebahagian pesawah menyewa tanah sawah dan sekiranya tanaman gagal mengeluarkan hasil, mereka tetap perlu menanggung kos sewaan, sekali gus memberi tekanan kepada petani.

Dalam pada itu, pesawah memaklumkan situasi sama pernah berlaku pada tahun 2019, namun ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, mengarahkan pelepasan air empangan bagi menyelamatkan tanaman padi.

Seorang lagi pesawah berkata, Shamsuri Saad berkata, kawasan berkenaan sebelum ini turut dilanda bencana banjir kira-kira sebulan lalu sehingga ada pesawah terpaksa mengusahakan semula tanaman buat kali kedua.

“Bila banjir berlaku, kami terpaksa buat semula. Jadi yang paling terasa kesannya ialah petani yang terkena keadaan ini,” katanya.

Seorang lagi pesawah Halid Sabu, berharap pihak berkaitan dapat turun padang meninjau keadaan sebenar serta mengambil tindakan segera bagi memastikan bekalan air dilepaskan demi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung