SADA tekankan penyelarasan prosedur projek

KUCHING – Sri Aman Development Agency (SADA) menekankan kepentingan pematuhan prosedur serta penyelarasan berkesan dalam urusan permohonan pertapakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di Sri Aman.

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kejelasan proses serta kefahaman menyeluruh dalam kalangan agensi pelaksana amat penting bagi mengelakkan sebarang kekangan yang boleh menjejaskan tempoh pemprosesan dan jadual pelaksanaan projek.

“Berdasarkan penelitian pelaksanaan projek di lapangan, isu berkaitan permohonan pertapakan bukan sahaja dihadapi oleh SADA, malah turut melibatkan agensi pelaksana lain.

“Keadaan ini menunjukkan keperluan kepada pendekatan yang lebih menyeluruh melalui perkongsian maklumat, penyelarasan proses dan pemahaman yang jelas antara semua pihak terlibat,” ujarnya dalam Sesi Taklimat Prosedur Permohonan Pertapakan di Wisma Bapa Malaysia, pada Khamis.

Beliau menjelaskan urusan pertapakan merupakan komponen asas yang kritikal dalam menentukan kelancaran sesuatu projek. Sebarang kelemahan dari segi pematuhan prosedur, keperluan dokumentasi atau ketidakjelasan proses berpotensi memberi implikasi kepada tempoh pemprosesan serta menjejaskan perancangan pelaksanaan projek pembangunan.

Sehubungan itu, Rohani berharap agar kerjasama erat dan komunikasi berterusan antara SADA, Jabatan Tanah dan Survei serta agensi pelaksana lain dapat diperkukuh bagi memastikan proses permohonan pertapakan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, cekap dan tersusun demi kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan