Komuniti Semariang Baru Fasa 3 prihatin anak asnaf

KUCHING – Semangat muafakat yang utuh dalam kalangan komuniti Semariang Baru Fasa 3 diterjemahkan menerusi penganjuran Program Bantuan Persekolahan ‘Back To School 2026’ yang menyantuni 30 murid daripada golongan asnaf, pada Khamis.

Majlis yang berlangsung di Surau Darul Falah selepas solat Maghrib itu merupakan hasil gabungan empat organisasi kampung iaitu Jawatankuasa Pengurusan Surau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta Kejiranan Mesra (KJM).

Pengerusi Surau Darul Falah, Ramanto Omar berkata, inisiatif tahunan itu bertujuan meringankan beban kewangan keluarga kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak merangkumi peringkat tabika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurutnya, bantuan kali ini lebih komprehensif berbanding tahun lalu yang hanya berbentuk wang tunai, di mana penerima kini turut dibekalkan dengan beg sekolah, pensil warna, bekas makanan dan stokin.

“Walaupun pihak surau berdepan cabaran mendapatkan dana pada peringkat awal, namun berkat sumbangan ikhlas orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO), kita berjaya merealisasikan hasrat ini demi pendidikan anak-anak setempat.

“Kita mahu memastikan mereka gembira dan bersyukur, sekali gus menyuntik semangat untuk terus belajar,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Kaum Dahlan Jeraie menegaskan, kerjasama erat antara pemimpin masyarakat dengan NGO kampung adalah kunci kepada kesejahteraan penduduk, terutamanya dalam menyalurkan bantuan secara telus.

Beliau turut menitipkan pesan agar ibu bapa dan pelajar memanfaatkan sumbangan tersebut sebaik mungkin dan tidak menjadikan kekurangan hidup sebagai alasan untuk gagal dalam pelajaran.

“Saya berharap anak-anak ini belajar dengan tekun. Jangan hanya mengharapkan bantuan semata-mata, sebaliknya berusahalah mengubah nasib keluarga kerana masa depan kita ditentukan oleh usaha kita sendiri,” ujarnya.

Dalam memastikan tiada keluarga yang tercicir, Ketua Wanita merangkap Pengerusi KJM, Rokiah Abdullah memberitahu, skuad wanita memainkan peranan proaktif dengan turun padang dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti keluarga yang benar-benar layak dibantu.

Jelasnya, sokongan moral amat penting bagi mengelakkan anak-anak ini berasa rendah diri dengan kekurangan mereka, selain memastikan motivasi mereka untuk menimba ilmu sentiasa tinggi.

Bagi meneruskan kelangsungan agenda kebajikan ini, Pengerusi KRT, Arafan Annuar memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang merancang program seterusnya iaitu ‘Sinaran Aidilfitri’ yang akan memfokuskan kepada anak-anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan menjelang perayaan kelak.

Pihak surau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin berinfak untuk aktiviti kemasyarakatan akan datang agar menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Surau Darul Falah (1101 3010 0230 25).

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi