Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memaklumkan keputusan sama ada dua jawatan tertinggi dalam parti itu akan dipertandingkan akan dimaklumkan selepas pilihanraya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ia terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang melalui pindaan sebelum ini.

“Kita tunggu selepas pilihan raya okay… kita ada tempoh 18 bulan.

“Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya (umum)… mana-mana yang dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) sempena Penganjuran Ekspo Agrikomoditi Women in Halal Industri, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Sebelum ini, ada pemimpin UMNO di peringkat cawangan mengesyorkan kepada pucuk pimpinan parti supaya pemilihan UMNO 2026 tidak wajar ditangguhkan.

Ahmad Zahid juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.

Bagaimanapun, beliau berkata, UMNO perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu berbanding memikirkan soal pemilihan dan jawatan tertinggi parti.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak