Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu menunjukkan gerakan koperasi semakin berkembang sebagai salah satu kekuatan ekonomi negeri.

“Gerakan koperasi telah berkembang menjadi satu kekuatan ekonomi yang penting. Ada yang terlibat dalam perladangan, pertanian, perkhidmatan, peruncitan dan pelbagai lagi aktiviti ekonomi yang memberikan nilai tambah kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Pahang (MAGKP) 2026 di sebuah hotel di Kuantan, pada malam tadi.

Menurutnya, Pahang kini mempunyai 1,211 koperasi berdaftar dengan 314,537 anggota.

Sebanyak 502 koperasi pula mengagihkan dividen berjumlah RM41 juta kepada anggota masing-masing tahun lalu.

Wan Rosdy berkata, sebanyak RM1.39 juta honorarium turut diberikan kepada barisan kepimpinan koperasi sebagai penghargaan atas usaha mengurus dan mengembangkan gerakan berkenaan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri meluluskan RM600,000 tahun ini bagi memperkasakan ekonomi ummah menerusi koperasi kariah masjid yang diuruskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan dan koperasi menerusi kerjasama, insentif dan sokongan bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakyat.

Pada masa sama, beliau menggesa koperasi negeri memperkukuh tadbir urus serta meneroka teknologi dan pasaran baharu bagi meningkatkan daya saing.

Sembilan koperasi Pahang turut disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia, membuktikan kemampuan gerakan koperasi negeri bersaing di peringkat kebangsaan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan