Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendirian itu menjadi dasar jelas kerajaan negeri dalam menilai kemasukan industri pusat data ke Selangor.

“Jika tidak ada bekalan air, kita tidak benarkan walaupun jumlah pusat data yang masuk mutakhir ini agak banyak. Mereka boleh cari di tempat lain,” katanya ketika sesi penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Khamis.

Menurutnya, Selangor masih mempunyai margin rizab bekalan air yang terkawal menerusi perancangan penambahan kapasiti, termasuk projek Labohan Dagang Fasa 2 dan pengembangan Langat 2 Fasa 2.

Katanya, apabila projek Rasau siap kelak, margin rizab bekalan air negeri dijangka meningkat sehingga 18 peratus.

Amirudin berkata Air Selangor juga diyakini mampu memenuhi keperluan bekalan air berdasarkan pelan perniagaan serta peningkatan unit domestik, komersial dan industri.

“Dengan terbitan sukuk RM10 bilion oleh Air Selangor, kita yakin pelan perniagaan, peningkatan tarif yang diumumkan serta pertambahan unit domestik, komersial dan industri bukan sahaja membolehkan kita membayar hutang, malah mencatatkan keuntungan buat pertama kalinya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri akan memperkenalkan dasar 30 peratus bagi memberi peluang kepada syarikat tempatan menjadi pembekal kepada industri pusat data.

Amirudin berkata, pada peringkat awal, penyertaan tidak akan dihadkan kepada syarikat yang berpangkalan di Selangor bagi memastikan jumlah pembekal yang layak mencukupi serta tidak menjejaskan keupayaan industri pusat data.

“Kita tidak hadkan di Selangor dulu, kita buat syarikat tempatan dulu sebab kalau kita hadkan di Selangor, jumlahnya agak terhad dan ini akan memberikan tekanan kepada keupayaan pusat data,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata syarikat Cherry telah menggajikan 100 pekerja tempatan dengan gaji antara RM2,500 hingga RM16,000, manakala kira-kira 300 syarikat tempatan dilaporkan memperoleh kontrak bernilai sekitar RM1.2 bilion daripada syarikat berkenaan.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama