Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi isyarat jelas bahawa Pas tidak lagi mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan UMNO, malah secara tersirat mencadangkan parti itu wajar dibubarkan.

Raggie berkata Ahmad Zahid memetik pandangan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas boleh dibubarkan sekiranya UMNO benar-benar menerapkan prinsip Islam dalam perlembagaan dan asas perjuangannya.

“Apabila Zahid menyatakan UMNO telah menerapkan nilai Islam dalam perlembagaannya dan pada masa sama menyuarakan harapan agar Pas dibubarkan, ia merupakan satu mesej penolakan yang jelas terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan Pas,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Menurut beliau, kenyataan itu perlu dibaca secara tersirat kerana mesej sebenar yang ingin disampaikan ialah UMNO tidak berminat menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) atau membentuk kerjasama politik dengan Pas.

Raggie turut berpandangan Ahmad Zahid dalam masa yang sama menunjukkan keterbukaan terhadap kemungkinan kerjasama dengan Bersatu, khususnya dalam konteks pasca Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Jika dibandingkan, Pas ditolak secara total, manakala Bersatu masih diberi ruang untuk membuat keputusan politik, termasuk kemungkinan menyertai kerajaan selepas PRU16,” katanya.

Beliau menambah langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai strategi mengelak dipersalahkan sekiranya gabungan itu mengalami kemerosotan teruk pada PRU16.

Katanya, perkembangan itu meletakkan Pas dalam kedudukan paling tertekan, berisiko dipulaukan selepas PRU16, manakala Bersatu masih mempunyai laluan politik untuk berunding dengan kerajaan.

Terdahulu, pada Selasa, Ahmad Zahid menyatakan harapan agar Pas akan “terbubar sendiri” memandangkan UMNO lebih awal meletakkan Islam sebagai teras perjuangan menerusi pindaan perlembagaan parti pada 2019.

Pandangan itu dizahirkan ketika beliau mengimbau amanat Allahyarham Nik Aziz, yang pernah mencadangkan UMNO dan Pas dibubarkan bagi menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan Islam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai rekod panjang dalam memartabatkan Islam, termasuk melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

SERDANG – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi amanah untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu