Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengakui telah mengadakan pertemuan bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Selasa bagi meluahkan hasrat dan isi hatinya.

Beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO itu kerana sudi mendengar luahan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Bagaimanapun, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu tidak memperincikan inti pati perbincangan bersama Ahmad Zahid mahupun keputusan sama ada akan terus memegang jawatan sedia ada atau sebaliknya.

“Isi hati dan hasrat sudah saya luahkan (kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional).

“Terima kasih Ahmad Zahid atas nasihat dan kesudian untuk mendengar (luahan beliau).

“Insya-Allah moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid sudah bertemu Dr Muhamad Akmal selain menitipkan pesanan dan nasihat untuk dipertimbangkan beliau.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan keputusan membabitkan hasrat peletakan jawatan itu akan dimaklumkan sendiri oleh Dr Muhamad Akmal, hari ini.

Pada Isnin, Dr Muhamad Akmal dilaporkan berkata, beliau akan akur dengan keputusan dibuat Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.

Ini kerana, kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan disandangnya ketika ini selepas gesaan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

Related Posts

Ibu bapa diseru ajak anak, ahli keluarga di luar pulang mengundi PRN Johor

MUAR – Rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura diseru supaya pulang mengundi pada pilihan raya akan datang bagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda pembangunan negeri.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi Johor pilihlah pemimpin bijak, sealiran dengan kerajaan pusat

MUAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memenangkan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri selari dengan kepimpinan pusat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau