Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

Yayasan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan tersebut merangkumi kesinambungan program teras sedia ada serta pelaksanaan inisiatif kolaboratif bersama JPN bagi memperkukuh pembangunan modal insan negeri.

Menurut kenyataan itu, antara program yang akan diteruskan termasuk Motivasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jelajah Nyala Bara Api (JNBa), Inisiatif Buku Rujukan Tambahan SPM, YP Smart Target, YP Eye Sinar, Hijrah Insaniah serta Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030.

Sebagai agensi peneraju pembangunan modal insan negeri, Yayasan Perak menegaskan inisiatif berkenaan mencerminkan peranan strategiknya dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan sosial ke arah kesejahteraan negeri.

“Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri serta hala tuju Perak Sejahtera 2030,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Mengulas pencapaian terdahulu, Yayasan Perak memaklumkan sepanjang tahun 2025, kerjasama strategik dengan JPN Perak telah menyaksikan pelaksanaan pelbagai program pendidikan yang memberi manfaat kepada puluhan ribu murid daripada ratusan sekolah di seluruh negeri.

Antara program utama yang dilaksanakan ialah Program Perak One Third High yang memfokuskan kepada intervensi akademik, sokongan kepada pelajar layak sijil serta peningkatan kadar kelulusan SPM.

Selain itu, program Propulih dan Propulih 2.0 berjaya membantu lebih 3,600 murid mengatasi masalah literasi asas, manakala Program Red Flag Risiko Cicir (RFRC) dilaksanakan di 72 buah sekolah bagi mengurangkan risiko keciciran pelajar.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM2.3 juta antara Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan dan Pengarah JPN Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri