MCMC rancang pertemuan dengan X minggu hadapan – Fahmi

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang merancang satu pertemuan dengan syarikat pengendali platform media sosial X pada minggu hadapan susulan beberapa isu berkaitan aplikasi kecerdasan buatan (AI), Grok, yang digunakan dalam platform berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat jam 10 pagi tadi, MCMC telah menghubungi pihak X bagi mengatur pertemuan tersebut.

“Setakat jam 10 pagi tadi, pihak MCMC memaklumkan bahawa mereka telah berhubung dengan pihak X untuk cuba adakan pertemuan pada minggu hadapan.

“Tapi ada beberapa perkara yang akan disahkan sebelum pertemuan itu berjalan. Tapi mereka ada berhubung dan sekarang kita nantikan maklumat terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, MCMC dilaporkan sedang meneliti kemungkinan tindakan perundangan terhadap platform X susulan kegagalan aplikasi AI miliknya, Grok, mematuhi undang-undang Malaysia berkaitan keselamatan dalam talian.

Langkah berkenaan dipertimbangkan selepas maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X didapati tidak memadai dan bersifat proforma, iaitu sekadar memenuhi keperluan tatacara tanpa menangani isu asas.

Fahmi sebelum ini turut dilaporkan berkata, sebarang sekatan yang dipertimbangkan tidak membabitkan keseluruhan platform X, sebaliknya tertumpu kepada aplikasi Grok yang dikenal pasti tidak mempunyai langkah keselamatan mencukupi bagi mengawal penjanaan kandungan oleh AI.

Tempoh sekatan terhadap aplikasi berkenaan pula bergantung sepenuhnya kepada tahap pematuhan pihak X terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia.

Related Posts

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

PUTRAJAYA – Keputusan Tabung Haji (TH) meneruskan proses pembelian Putrajaya Perdana Bhd  pada 2014 dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Jho Low membuktikan wujudnya keraguan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar