Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang tular kerana menampar seorang penunggang motosikal di stesen minyak dekat Taman Perling di sini pada Ahad lalu, tidak dibenarkan terlibat dengan penugasan operasi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan.

Jelasnya, insiden yang tular itu berlaku ketika satu operasi trafik membanteras aktiviti merempit sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di kawasan Taman Perling.

“Anggota berpangkat konstabel terbabit bercuti pada hari tersebut, namun dipanggil bertugas bagi menyertai operasi dijalankan IPD Johor Bahru Utara, namanya ada dalam senarai penugasan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, cuma semasa kejadian difahamkan anggota cuba menahan motosikal ditunggang mangsa yang cuba melarikan diri, kemungkinan ‘secara spontan’ berlaku insiden tamparan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Mengulas lanjut, penunggang motosikal berusia 21 tahun itu membuat laporan polis kira-kira jam 8 malam, Ahad lalu.

“Polis jalankan siasatan awal sebelum laporan dibuat mangsa kerana seorang anggota polis yang turut berada di lokasi juga membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Setakat ini, seramai empat saksi termasuk mangsa dan anggota polis berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kes akan dirujuk ke Bahagian Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 32 saat memaparkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang wanita dihampiri sebuah motosikal dari sebelah tepi.

Kemudian datang seorang lelaki memakai topi keledar menampar muka penunggang motosikal itu.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal