Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

KANGAR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid terus dilihat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 di negeri ini.

Seorang bapa, Rahimi Abdul Rahman, 45, berkata, bantuan berkenaan amat bermakna kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, terutama mereka yang mempunyai anak ramai.

“BAP ini sangat membantu untuk membeli pakaian seragam, buku serta kelengkapan sekolah. Walaupun perbelanjaan dibuat terlebih dahulu, bantuan ini dapat menggantikan kos yang telah didahulukan dan memberi kelegaan kepada kami,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berkata, bantuan itu turut memberi kesan positif kepada emosi anak-anak kerana mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih gembira dan yakin.

Sementara itu, seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Che Abidin, 38, berkata pelaksanaan BAP wajar diteruskan kerana ia tidak bersandarkan kepada tahap pendapatan semata-mata.

Menurutnya, walaupun pendapatan penjawat awam sering dilihat stabil, komitmen kewangan setiap keluarga adalah berbeza dan bantuan seperti BAP sangat membantu sekiranya digunakan dengan berhemah demi pendidikan anak-anak.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, sejumlah RM6,957,300 diperuntukkan bagi pelaksanaan BAP 2026 di Perlis, melibatkan 46,382 pelajar di 104 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM3,702,450 diperuntukkan kepada 24,683 murid di 74 sekolah rendah, manakala RM3,254,850 disalurkan kepada 21,699 pelajar di 30 sekolah menengah.

“Setiap murid warganegara menerima RM150 secara sekali beri dan pihak sekolah tidak dibenarkan membuat sebarang potongan bagi tujuan bayaran lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2026 peringkat Perlis di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khoon Aik, di sini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Rose Aza berkata, urusan pengagihan bantuan itu dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP), agihan penuh perlu disempurnakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh bermulanya sesi persekolahan 2026 di Perlis.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat