Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

KINABATANGAN – Legasi perjuangan Allahyarham Bung Moktar Radin diharap dapat diteruskan oleh calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim, yang juga merupakan anak Allahyarham, serta calon DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Bung dikenang sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan kawasan Lamag dan Kinabatangan termasuk pembangunan kemudahan asas, institusi pendidikan serta infrastruktur penting yang menjadi asas kemajuan hari ini.

“Semua ini nampaknya adalah memori indah jasa Allayarham Datuk Bung dalam memastikan pembangunan di Lamag sebagai pusat pentadbiran daerah.

“Kalau kita lihat dahulu memang Bukit Garam ini jalan tidak bertar tapi sedikit demi sedikit pembangunan mula dibawa termasuk sekolah, Balai Bomba dan Penyelamat serta institusi kewangan,” ujarnya kepada media selepas menghadiri majlis tahlil 40 hari pemergian Allahyarham Bung di Masjid Daerah Kinabatangan, pada Selasa.

Rata-rata penduduk yang ditemui pada majlis berkenaan berkata, pemergian Bung merupakan satu kehilangan besar kepada warga Kinabatangan dan akan sentiasa dirindui.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat