Warga emas putih mata rugi RM253,110, terpedaya helah ‘anak kawan’

MIRI – Simpati seorang warga emas terhadap individu yang menyamar sebagai anak rakannya membawa padah apabila dia kerugian RM253,110 dalam satu kejadian penipuan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia awal 60-an telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Sabtu lalu.

Menurutnya, episod malang itu bermula pada Disember 2025 apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dirinya anak kepada kenalan mangsa.

“Suspek mereka cerita kononnya sedang berdepan masalah kewangan kerana bayaran projek keluarganya telah disekat dan memerlukan wang segera untuk membuat pembayaran kepada pihak bank di Singapura.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek turut menunjukkan dokumen palsu sebagai bukti kewujudan projek tersebut selain menjanjikan pulangan wang yang lumayan setelah bayaran projek diterima,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Mohd Farhan, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya melakukan 41 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza.

Tambahnya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada ahli keluarga sebelum tampil membuat laporan polis.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai panggilan daripada individu tidak dikenali, terutamanya yang melibatkan permintaan wang,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan mangsa penipuan siber yang baru membuat transaksi agar segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, serta membuat semakan akaun bank melalui portal Semak Mule PDRM.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak