Padah curi di stor barangan elektrik, lelaki tempatan dicekup

MIRI – Tindakan seorang lelaki tempatan yang disyaki memecah masuk sebuah stor penyimpanan barangan elektrik di sini membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad.

Ketua Polis Balai Miri, ACP Goldy Jangan berkata, suspek berjaya diberkas oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Pusat Miri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Piasau Utara 1C, kira-kira jam 1.20 petang.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.

“Selain penahanan suspek, polis turut merampas sebuah kenderaan serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah tersebut untuk dijadikan bahan bukti,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Goldy memaklumkan suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan menyalahi undang-undang.

“Pihak polis memandang serius kegiatan jenayah di daerah ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

“Orang ramai juga digesa supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah di Miri,” tegasnya.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot