Exco Pertanian Selangor menghadap Sultan isu penternakan babi

Oleh: MK Mubin

SHAH ALAM – Exco Pertanian Selangor dijadual menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Isnin ini bagi memperincikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan operasi penternakan babi di Kuala Langat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Datuk Ir Izham Hashim akan membentangkan langkah proaktif yang dirangka bersama agensi penguat kuasa bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kebersihan persekitaran.

Menurut beliau, MMKN mengenakan syarat ketat terhadap industri berkenaan, khususnya dalam pengurusan sisa, bagi mengelakkan kesan negatif terhadap sistem saliran dan alam sekitar, seperti dilaporkan Media Selangor.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan agensi teknikal serta sensitiviti masyarakat setempat bagi menamatkan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, langkah itu bertujuan memastikan operasi industri dapat dijalankan secara lebih terkawal tanpa menjejaskan kesihatan awam dan persekitaran.

Related Posts

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

ARAU – Lebih 33,000 pengunjung membanjiri Istana Arau sepanjang program #MKC26 yang berlangsung selama dua hari sekali gus mencerminkan sambutan luar biasa rakyat dan pelancong terhadap acara berkenaan. Menurut maklumat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

KUANTAN – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pelantar minyak platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan diberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah

Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi