Kerajaan Perak teruskan komitmen kebajikan menerusi Kad Perak Sejahtera

Oleh: Azlina Kamal

MENTERI Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad mengumumkan melalui Belanjawan Perak 2026 sebanyak rm24.5 juta diperuntukkan bagi Kad Perak Sejahtera melibatkan kenaikan RM0.5 juta dengan jumlah penerima bertambah daripada 19,758 kepada 21,000 orang.

Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan Kad Perak Sejahtera sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan rentan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Program ini merupakan penjenamaan semula kepada Kad Perak Prihatin yang mula diperkenalkan pada tahun 2019, dengan pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif sejajar dengan agenda pembangunan sosial negeri.

Kad Perak Sejahtera dilaksanakan menerusi sistem tanpa tunai (cashless), membolehkan penerima menggunakan kredit bulanan RM100 untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur di kedai serta pasar raya panel berdaftar diseluruh negeri Perak serta kedai bergerak Yayasan Bina Upaya (YBU). Kaedah ini bukan sahaja memudahkan penerima, malah meningkatkan ketelusan pengagihan bantuan serta mengurangkan risiko penyalahgunaan.

Inisiatif ini menyasarkan golongan B40, miskin dan miskin tegar, termasuk kumpulan rentan seperti warga emas, ibu tunggal dan individu berkeperluan khas.

Pemilihan penerima dibuat berdasarkan kriteria sosioekonomi bagi memastikan bantuandisalurkan secara bersasar.

Secara keseluruhan, Kad Perak Sejahtera dilihat sebagai mekanisme sokongan sosial yang berkesan dalam membantu meringankan beban kewangan isi rumah, selain menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor