Angkara tekan pautan Facebook, lelaki tanggung rugi RM728,800

KUCHING – Padah menekan pautan iklan pelaburan di Facebook, seorang lelaki berputih mata apabila kerugian RM728,800 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 54 tahun tertarik dengan satu iklan pelaburan semasa berada di rumahnya pada 28 Disember 2025.

Menurutnya, mangsa kemudian menekan pautan aplikasi WhatsApp yang menghubungkannya dengan individu bernama ‘Vivian Chow’ yang mendakwa sebagai pembantu perdagangan bagi syarikat Accumulation & Growth Investment Alliance.

“Mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan tersebut dan diarahkan memuat turun aplikasi ‘BOSPRO’ menerusi pautan yang diberikan bagi tujuan memasukkan modal pelaburan.

“Terpedaya dengan janji keuntungan lumayan, mangsa telah melakukan 10 transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank berbeza,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Alexson berkata, mangsa bagaimanapun mula menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis menasihatkan orang ramai agar menyemak status syarikat pelaburan di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan tidak mudah percaya dengan tawaran di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah,” jelasnya.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 dalam tempoh 24 jam.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung