Gelombang politik Kedah sukar diramal, perlu faktor luar jangka – KP JKOM

FAKTOR yang membentuk gelombang politik di Kedah ketika ini dilihat masih sukar untuk diramalkan berikutan ketiadaan petunjuk jelas berdasarkan pemerhatian semasa terhadap landskap politik negeri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, secara konvensional, profil pengundi di Kedah menunjukkan kecenderungan yang konsisten berasaskan realiti sosiopolitik setempat, khususnya melibatkan sokongan Melayu.

“Ini bukan satu persepsi perkauman, tetapi satu realiti. Secara umumnya, ‘siapa yang naik, sama sahaja Melayu’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam siaran podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Menurut Ismail, bagi membolehkan satu gelombang politik baharu tercetus di Kedah, ia perlu disertai dengan satu faktor luar jangka atau ‘wow factor’ yang benar-benar signifikan.

“Wow factor ini tidak boleh bergantung semata-mata kepada politik nasional. Ia memerlukan kajian lapangan yang lebih mikro, khususnya untuk memahami psikologi dan tingkah laku pengundi di Kedah,” katanya.

Mengulas pilihan raya lalu, beliau berkata gelombang yang berlaku ketika itu didorong oleh kebangkitan golongan muda yang dipengaruhi secara kuat oleh media sosial serta sentimen kemarahan terhadap perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ketika itu, golongan muda yang diberikan mandat melalui mekanisme perundangan automatik tampil menzahirkan protes politik mereka secara terbuka,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail menegaskan bahawa dinamik politik semasa sudah berubah, sekali gus menjadikan pembentukan gelombang baharu lebih kompleks dan sukar dijangka.

Related Posts

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sembilan laporan polis berhubung kes jenayah komesial termasuk kes di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH). Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

  • By Aden
  • August 5, 2026
Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso