Penerima rumah Ru’RASA dinasihatkan tidak jual, sewa

BENTONG – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) dan Emirates Red Crescent (ERC) supaya tidak menjual atau menyewakan rumah yang diterima.

Baginda bertitah, pemilik perlu menjaga rumah berkenaan dengan baik kerana ia diberikan percuma dan tidak boleh disewakan atau dijual kepada pihak ketiga.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan berkaitan, pejabat daerah serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang yang melaksanakan program bantuan perumahan pasca banjir ini.

“Saya menasihatkan kepada penerima supaya menjaga rumah ini dengan baik.

“Jangan sekali-kali cuba menyewakan atau menjualnya kerana rumah ini memberi keselesaan kepada keluarga dan seharusnya diwariskan kepada anak atau cucu.

“Walaupun rumah ini mungkin kecil, usaha yang sangat besar dicurahkan untuk merealisasikannya dan kini memberi manfaat kepada penerima.

“Jadi, kita mesti bersyukur,” titah baginda, seperti dilapor Berita Harian.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sebelum menyampaikan kunci rumah kepada 32 penerima Ru’RASA dan ERC di Kampung Sungai Perdak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Duta Besar UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Setiausaha Agung ERC, Ahmed Sari Al Mazrouei.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dua jenis rumah tiga bilik yang dilengkapi perabot asas ditawarkan iaitu rumah setingkat bernilai RM75,000 dan rumah bertiang bernilai RM118,000 setiap satu.

Penerima rumah berkenaan adalah mereka yang kehilangan kediaman akibat banjir puing pada 18 Disember 2021, yang menenggelami dan memusnahkan beberapa rumah di sepanjang Sungai Telemong di Karak.

Banjir puing berlaku akibat limpahan air dari Sungai Krau dan Sungai Perdak yang ‘merempuh’ kampung rendah di sepanjang Jalan Karak-Telemong hingga mengorbankan lima nyawa.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada ERC dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membantu mangsa banjir dan keluarga terjejas di Bentong dengan menyediakan kediaman.

“ERC bergerak ke seluruh dunia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan kini mereka menyediakan tempat tinggal kepada keluarga yang memerlukan di sini.

“Saya berharap hubungan erat antara UAE dan Pahang dapat terus diperkukuhkan,” titah baginda.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah