JKOM Sabah hargai sumbangan warga kerja

KOTA KINABALU – Semangat kerja berpasukan dan hubungan erat bersama masyarakat menjadi tunjang kejayaan pelaksanaan pelbagai program Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di negeri ini. 

Pengarahnya, Milus Alu @ Abd Wahad berkata, kewujudan awal JKOM Sabah tanpa kemudahan pejabat tetap, mengadakan perbincangan dan mesyuarat di restoran, perpustakaan serta pejabat rakan-rakan tidak menghalang pelaksanaan pelbagai program lapangan yang berjaya mendekati hampir 10,000 masyarakat di seluruh kawasan terlibat.

“Saya percaya setiap individu ada kekuatan dan potensi, teruskan berkhidmat dengan ikhlas dan jangan ada yang rasa terpinggir,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi, di Howard Johnson by Wyndham, pada Rabu. 

Pada masa sama, beliau turut memuji peranan pasukan media JKOM Sabah yang disifatkan antara terbaik, sehingga menerima pengiktirafan di peringkat pusat dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam pelaksanaan strategi komunikasi komuniti.

Pada majlis sama, sumbangan dan jasa bakti warga kerja JKOM Sabah & WP Labuan yang menamatkan perkhidmatan serta berpindah ke penempatan baharu diraikan dalam suasana penuh penghargaan. 

Beliau berkata, majlis apresiasi berkenaan diadakan sebagai tanda terima kasih atas komitmen, dedikasi dan khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. 

“Selamat bersara kepada Busmin Brahim yang dijadualkan menamatkan perkhidmatan pada Februari ini dan selamat maju jaya kepada Eviannie Kin serta Haqqul Yaqin Ahmad M yang masing-masing bakal berpindah bertugas ke Jabatan Penerangan Sarawak dan Politeknik Tawau. 

“Terima kasih kerana sumbangan anda semua dalam JKOM walaupun dalam jangka masa yang singkat tapi bagi saya itu bukan singkat kerana anda semua telah memberikan sesuatu yang terbaik kepada JKOM,” katanya. 

Milus turut menyempurnakan penyampaian lima anugerah jabatan kepada pegawai yang menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun 2025. 

1. ANUGERAH PENYUNTING VIDEO TERBAIK: Wan Ismail Bardin

2. ANUGERAH VIDEO NARATIF TERBAIK: Darwin Mohd Samir

3. ANUGERAH PELAPOR ISU TERBANYAK: Jamilah@Norafilah Ronnie

4. ANUGERAH PELAPOR ISU TERBAIK: Ies Janraein Suhaili

5. ANUGERAH PEGAWAI TERBAIK KESELURUHAN: Rusdhi Mohd Hamsah

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan