Saberkas laksana 310 program setahun, terus perkukuh pembangunan belia

SIBU – Pendekatan berteraskan penglibatan komuniti terus menjadi nadi gerak kerja Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dalam usaha menyatukan golongan muda serta menyokong pembangunan masyarakat majmuk di negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan turun padang yang diamalkan membolehkan organisasi itu memahami keperluan sebenar belia setempat.

Menurutnya, langkah itu memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada kumpulan sasar.

“Dalam tempoh setahun, sebanyak 310 aktiviti berjaya dianjurkan di seluruh Sarawak merangkumi bantuan bencana, kebajikan masyarakat, pembangunan belia dan wanita serta program penyatuan komuniti yang meraikan kepelbagaian kaum dan budaya.

“Hampir setiap hujung minggu ada program dianjurkan dan ini mencerminkan tahap keaktifan serta komitmen Saberkas di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan ‘High Tea’ Presiden Bersama Saberkas Cawangan Zon Tengah pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Karim memaklumkan kedudukan kewangan Saberkas kini berada pada tahap stabil dan menunjukkan peningkatan saban tahun.

Ujarnya, organisasi itu juga berpotensi menambah cawangan baharu susulan berlaku perubahan persempadanan kawasan.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan hasrat agar Saberkas memiliki kemudahan sendiri termasuk bangunan serta pasukan pancaragam (Brass Band) sebagai simbol kekuatan, perpaduan dan identiti pertubuhan belia berkenaan.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion