Isu Jana Wibawa semakin terbuka, pendedahan datang dari dalaman Bersatu – Pemerhati politik

ISU berkaitan skandal Jana Wibawa dilihat semakin terbuka apabila dakwaan penglibatan pihak tertentu kini mula didedahkan oleh tokoh yang mempunyai kaitan dengan Bersatu sendiri, kata pemerhati politik, Ahmad Mursi.

Beliau berkata, pendedahan itu melibatkan dakwaan penglibatan lawan politik sesama ahli dalam Bersatu berkaitan pelaksanaan projek di bawah inisiatif Jana Wibawa.

“Sebelum ini Tun Faisal, semalam Shafiq Halim bersama Chegubard pula dedahkan penglibatan lawan politik mereka dalam Bersatu berkait Jana Wibawa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Ahmad Mursi, ketika bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mula didakwa, isu berkenaan sering digambarkan sebagai bermotifkan politik.

“Dulu masa mula-mula Muhyiddin didakwa, dikatakan ini fitnah kerajaan dan ‘pendakwaan terpilih’ terhadap pembangkang,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa projek rundingan terus di bawah Jana Wibawa yang bernilai RM4.8 bilion dilaksanakan kononnya bagi membantu kontraktor Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19, namun kini dipersoalkan dari sudut tadbir urus dan kepentingan awam.

Ahmad Mursi turut mengaitkan kelebihan kewangan hasil projek berkenaan dengan prestasi gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dengan advantage dana ini, PN-Pas berbelanja mewah pada PRU15 dan berjaya tawan banyak kerusi khususnya kerusi UMNO,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang pada masa ini lebih menumpukan perhatian terhadap isu lain, sedangkan skandal Jana Wibawa melibatkan dana awam berskala besar.

Katanya, pengkhianatan terhadap kepentingan awam adalah lebih serius berbanding isu persendirian kerana kesannya melibatkan kemudaratan yang lebih meluas kepada rakyat dan negara.

Related Posts

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan