SPRM kesan cubaan pindahkan wang tunai RM2.4 juta berkait kes tender TDM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan cubaan memindahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM2.4 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wang berkenaan cuba dipindahkan dari sebuah kediaman ke kediaman lain oleh seorang subjek yang dikenal pasti sebagai orang awam dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Semalam pegawai kita dapat maklumat dan pagi tadi saya dimaklumkan bahawa kita menjumpai lebih kurang RM2.4 juta wang yang cuba dilarikan oleh seorang subjek. Pagi tadi kita dapat wang berkenaan dalam bentuk tunai.

“Ini antara wang salah seorang subjek yang terbabit dalam kes ini, yang cuba dilarikan dari satu kediaman ke kediaman lain.

“Ini kita syak adalah wang yang menjadi subjek dalam siasatan kami,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad (MPB), hari ini.

Ketibaan beliau sebelum itu disambut Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Rafiq Razali; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Jasbant Singh; serta Pengarang Kumpulan Berita Harian, Zulkifli Jalil.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam SPRM menahan dan mereman 17 daripada 26 pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan, kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an itu ditahan pada malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan agensi berkenaan.

Selain itu, SPRM dijangka mengambil keterangan seorang pegawai kanan tentera yang sedang disiasat berhubung aliran tunai besar dalam akaun banknya, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

ANGGOTA Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam