
BERSATU hari ini mengumumkan pemecatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa hari ini.
Lembaga Tatatertib Bersatu hari ini telah mengeluarkan sepucut surat bagi memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu.
Surat itu dialamatkan kepada Saifuddin yang mana keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.
Turut dinyatakan dalam surat berkenaan ialah Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti.
Bagaimanapun surat berkenaan tidak memperincikan kesalahan yang dilakukan Saifuddin sehingga membawa kepada pemecatannya.
Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan pemecatannya oleh Lembaga Disiplin parti itu.





