100 pelajar nikmati gunting rambut percuma menjelang sesi persekolahan 2026

SARATOK – Seramai 100 murid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka tampil lebih kemas dan ceria menjelang sesi persekolahan 2026 menerusi Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan baru-baru ini.

Program selama dua hari yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kalaka itu merupakan inisiatif Pergerakan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga menyediakan persiapan sekolah anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran program kemasyarakatan sebegini amat dialu-alukan kerana ia bertepatan dengan keperluan semasa penduduk setempat.

“Syabas dan tahniah kepada Sayap Belia PBB Kalaka atas komitmen serta keprihatinan yang ditunjukkan.

“Program seperti ini secara langsung dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga, terutamanya apabila sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi,” katanya.

Menurut beliau, walaupun bantuan dandanan rambut ini dilihat ringkas, namun impaknya cukup bermakna buat keluarga yang perlu menyediakan pelbagai kelengkapan lain dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada barisan pengusaha gunting rambut tempatan yang berbesar hati menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka.

Antara ‘tukang gunting’ yang terlibat menjayakan program ini ialah Perin Barbershop, Barberlab Studio, Naim Chiseled, Aien Barbershop dan Khalil Barbershop.

Rata-rata ibu bapa yang hadir menyambut baik usaha murni ini dan berharap lebih banyak program kebajikan serupa dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat komuniti.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang hadir mewakili ADUN Kalaka bagi menyantuni para peserta.

Foto: Facebook ADUN Kalaka

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI