Maritim Sarawak laksana hampir 12,000 pemeriksaan, komited jaga kedaulatan perairan negara

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak merekodkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025 apabila berjaya melaksanakan sebanyak 11,938 pemeriksaan demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, inisiatif penguatkuasaan yang agresif itu turut melibatkan 4,276 penggeledahan serta menghasilkan 81 tangkapan yang membabitkan 353 individu atas pelbagai kesalahan maritim.

Menurutnya, kejayaan tersebut dipacu menerusi siri operasi utama seperti Op Naga Sarawak, Op Mardof dan Op Tiris yang memberikan fokus khusus dalam mengekang aktiviti haram termasuk pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA).

“Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi berbanding kesalahan lain.

“Kita bukan sahaja menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata, malah turut memperkukuh kesedaran awam melalui dialog dua hala bersama komuniti nelayan tempatan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber laut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain ketangkasan dalam penguatkuasaan undang-undang, Maritim Negeri Sarawak turut mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) menerusi koordinasi pantas Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching.

Jelas Mohd Khairi, sepanjang tahun lalu, sebanyak 122 mangsa berjaya diselamatkan daripada 21 insiden kecemasan maritim yang dilaporkan.

Antara kejayaan yang mencuri tumpuan ialah tindakan pantas Kapal Maritim (KM) SIAGUT menyelamatkan dua warga Amerika Syarikat selepas kapal layar mereka mengalami kerosakan enjin di perairan Miri, serta operasi menyelamat tujuh pemancing bot karam di perairan Kuching hasil kerjasama dengan Pelabuhan Senari.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), dan Jabatan Perikanan Laut (DOF) Sarawak yang menyumbang kepada kejayaan operasi sepanjang tahun.

Melangkah ke hadapan, Mohd Khairi menegaskan Maritim Negeri Sarawak bertekad untuk memperkasakan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pada tahun 2026 bagi menjamin keselamatan perairan negara kekal utuh.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara